Malaysia kutuk serangan pemberontak Houthi ke atas Arab Saudi

0

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dron dan peluru berpandu oleh pemberontak Houthi ke atas Arab Saudi pada 12 Julai lalu.

Memetik kenyataan media, Kementerian Luar Negeri memberitahu serangan ini berjaya dipintas oleh Arab Saudi.

Kesinambungan serangan yang disengajakan ini menunjukkan provokasi tidak perlu oleh puak Houth terhadap Arab Saudi dan bakal memudaratkan usaha mengekalkan keamanan serta kestabilan di wilayah terbabit.

Malaysia menyeru agar semua pihak di Yaman untuk terlibat secara konstruktif dalam usaha untuk menghentikan permusuhan dengan segera.

Malaysia percaya penyelesaian damai dan konflik boleh diselesaikan melalui dialog dan secara diplomasi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply