Malaysia kutuk sekeras-kerasnya rancangan Israel menceroboh kawasan Palestin

0

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya dan menolak pengumuman Israel melaksanakan rancangan pencerobohan sebahagian wilayah Palestin di Tebing Barat baru-baru ini.

Dengan pengumuman berkenaan, Malaysia mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya tindakan haram oleh Israel.

Sebarang pencabulan Wilayah Palestin oleh Israel merupakan pelanggaran sepenuhnya terhadap undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Geneva Keempat 1949 serta Resolusi PBB khususnya Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tindakan Israel secara terang-terangan melanggar perjanjian damai Perjanjian Oslo yang dimeterai di antara Palestin pada tahun 1993 dan 1995.

Tindakan Israel dengan jelas mempertikaikan keikhlasannya terhadap penyelesaian yang aman dan berkekalan terhadap konflik Israel-Palestin yang telah lama berlaku.

Ini seterusnya mengurangkan prospek penyelesaian dua negara yang turut disokong oleh masyarakat antarabangsa.

Masyarakat antarabangsa tidak boleh bersikap acuh tidak acuh dan diam atas pencerobohan terbaru Israel terhadap penduduk Palestin.

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar segera tanggungjawab terhadap rakyat Palestin.

Majlis Keselamatan mesti mengutuk dan menolak Israel merancang memperluaskan kekuasaan dan mesti memastikan rancangan itu tidak dilaksanakan.

Malaysia terus bersatu padu dengan rakyat Palestin setelah berlaku pencerobohan Israel.

Pengumuman oleh Presiden Mahmoud Abbas untuk membebaskan Negara Palestin dari semua perjanjian dan persefahaman dengan pemerintah Israel dan Amerika Syarikat dapat difahami.

Reaksi sedemikian diharapkan dari mana-mana pihak, yang terus-menerus terkilan dengan pelanggaran berterusan Israel terhadap perjanjian dan persefahaman terbabit.

Malaysia menegaskan sokongan yang tidak putus-terhadap rakyat Palestin untuk mencapai kebebasan dari penjajahan haram Israel, dan merealisasikan hasrat mereka untuk menjadi sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Jurusalem Timur sebagai ibu kota negara mereka.

Dalam hal ini, Malaysia akan terus mendukung usaha konkrit dan tulen untuk mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan dan yakin akan menyumbang kepada keamanan, keadilan dan kestabilan di rantau ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply