Malaysia kutuk ancaman Israel, sumbang bantuan peralatan perubatan untuk Palestin

0

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang terus menerus mengancam mahu menakluki Tebing Barat Palestin.

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein dalam perkongsian di laman media sosial Facebooknya menyatakan tindakan haram dan unilateral Israel ini bukan sahaja akan merencatkan proses perdamaian serta menafikan usaha banyak pihak di seluruh dunia yang mahu melihat konflik ini berakhir, malah tindakan ini juga memperlihatkan bahawa Israel langsung tidak peduli serta tidak menghormati rakyat Palestin yang telah menetap di sana berpuluh dekad lamanya.

“Malaysia percaya, penamatan konflik Israel-Palestin hanya akan diperolehi melalui penyelesaian dua negara (two-state solution) – satu-satunya kaedah yang disokong oleh sebahagian besar masyarakat dunia.

“Pendirian Malaysia ini telah disuarakan sendiri oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Yang Berhormat Dato’ Kamaruddin Jaafar yang mewakili saya ke Mesyuarat Terbuka Luar Biasa Secara Maya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semalam,” ujar beliau.

Dalam pada itu, sebagai tanda sokongan kepada Palestin dan dalam usaha membantu menghadapi krisis COVID-19, Malaysia telah menyumbang sebanyak sejuta keping penutup hidung dan mulut atau ‘face masks’ , 500,000 ‘medical gloves’ dan juga ‘face shields’.

Malaysia turut memuji negara-negara anggota OIC yang sama-sama melakukan bantuan serupa dan berharap usaha seperti ini turut digerakkan oleh seluruh komuniti antarabangsa.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang terus menerus mengancam mahu menakluki Tebing Barat, Palestin….

Posted by Hishammuddin Hussein on Thursday, 11 June 2020

Leave a Reply