Malaysia kecam pencerobohan, serangan ke atas Masjid Al-Aqsa

0

Malaysia mengecam pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram yahudi ke atas rakyat Palestin dan para jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa, semalam.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan berkata, ia adalah satu perbuatan zalim, malah kerajaan Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

“Pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram yahudi ke atas rakyat Palestin dan para jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa semalam adalah zalim dan perlu dikecam sekeras-kerasnya.

“Pencerobohan yang disasarkan terhadap para jemaah yang sedang menunaikan solat di hari-hari terakhir Ramadan merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam dan nilai kemanusiaan.

Kerajaan Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa ini”, katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, ramai rakyat Palestin tercedera dalam serangan tersebut dengan pencerobohan di Masjid Al-Aqsa disasarkan terhadap para jemaah yang sedang menunaikan solat di hari-hari terakhir Ramadan.

“Malaysia sentiasa memberikan sokongan padu kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka dalam mencapai kebebasan mutlak daripada penjajahan haram Israel, ke arah pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis (East Jerusalem) sebagai ibukota Palestin”, katanya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply