Malaysia berada dikedudukan teratas carta penghidap penyakit kencing manis dunia

0

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai juadah enak dan menyelarakan bermula dengan hidangan utama sehingga ke pemanis mulut.

Faktor pemakanan yang tidak terkawal menjadikan Malaysia menduduki carta teratas negara-negara di seluruh pelusuk dunia penghidap kencing manis teramai bagi tahun 2018.

Menurut kajian yang telah dikeluarkan oleh USRDS, International Comparison 2018, Malaysia berada di kedudukan teratas carta paling ramai penghidap penyakit kencing manis dengan peratusan 67%.

Carta berkenaan turut mempamerkan, negara Singapura berada dikedudukan kedua dan hanya berbeza satu peratus dari Malaysia iaitu 66%.

Negara Amerika Latin, Mexico berada ditempat ketiga carta dengan peratusan 65% dan diikuti dengan Korea dengan jumlah peratusan 50%.

Peratusan insiden yang dianalisis dalam jumlah peratusan ini adalah melalui bilangan pesakit End Stage Renal Disease (ESRD), iaitu keadaan buah pinggang berada diparas kronik dan organ terbabit hanya mampu berfungsi 10% hingga 15% dari kapasiti normal.

Malaysia telah mencipta rekod dunia berada dikedudukan utama carta berikutan peningkatan 2% hingga 4% setahun dan ianya nyata membimbangkan!

Leave a Reply