Malaysia, Amerika Syarikat sepakat

0

Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menzahirkan kesepakatan bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan peralatan kritikal dan bekalan lain terutamanya semasa krisis kesihatan global.

Kesepakatan bersama itu dizahirkan kedua-dua pemimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden AS Donald Trump dalam perbualan telefon malam ini.

“Malam ini saya menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Donald J. Trump, Presiden Amerika Syarikat.

“Selain mengucapkan tahniah kepada saya dan kerajaan yang baharu, kami juga menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan kerjasama komprehensif antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

“Pada perbualan yang berlangsung selama 30 minit itu, saya dan Presiden Trump berbincang mengenai pandemik Covid-19, serta pendekatan-pendekatan yang telah diambil kedua-dua negara. Kami turut menekankan peri pentingnya kerjasama komuniti antarabangsa bagi mengurangkan kesan pandemik tersebut ke atas kesejahteraan hidup masyarakat dunia dan ekonomi global”, katanya dalam status terkini di akaun Facebook (FB) miliknya, malam ini.

Malam ini saya telah menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Donald J. Trump, Presiden Amerika…

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Jumat, 08 Mei 2020

Tambah Tan Sri Muhyiddin antara usaha bersama termasuk meningkatkan kerjasama dalam pembangunan vaksin dan ubat-ubatan serta akses sama rata kepada vaksin Covid-19 kelak.

Selain itu dalam perbualan berkenaan kedua-dua pemimpin turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu kepentingan bersama dalam konteks mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa,” katanya. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

*SubcribeTelegramChannel untuk perkembangan dan isu semasa tanah air serta luar negara.

t.me/themalayapost_withoutfearorfavor

Leave a Reply