‘Malam Semakin Dingin’ dendangan Tajul dan Afieq cecah lebih 1 juta tontonan

0

Lagu berhantu ‘Malam Semakin Dingin’ dendangan asal Allahyarham Achik dari kumpulan Spin yang dinyanyikan semula secara duet oleh adik Allahyarham sendiri iaitu, Tajul dan Afieq Shazwan telah mencecah lebih 1 juta penonton.

Berita gembira itu disampaikan oleh pihak pengurusan FMC kepada portal The Malaya Post.

Untuk rekod, pelancaran telah dibuat di Youtube FMC Music pada 15 September yang lalu dan boleh didengar di semua platform digital seperti joox, spotify dan sebagainya sejak 16 September.

Lagu yang diberikan nafas baru ini sedikit sebanyak pasti mengimbau kenangan dan kerinduan peminat setia Achik dan kumpulan Spin.

Kepada anda yang belum menonton, jom kita tenangkan halwa telinga dengan lagu romantik ini.

Tahniah dari The Malaya Post.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

 

Leave a Reply