Maklumat peribadi pelanggan mudahkan ‘contact tracing’ jika berlaku jangkitan

0

Berhubung dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sesetengah premis perniagaan telah dibuka namun harus patuh pada arahan dan SOP yang telah ditetapkan.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia, terdapat sesetengah pemilik premis menyambut baik arahan dan peringatan yang telah diberikan.

Cadangan yang baik 👍🏻👍🏻Untuk masuk ke premis makanan, pakaian dan lain lain.. pelanggan perlu memberi maklumat…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Rabu, 06 Mei 2020

Pihak pengurusan premis perniagaan juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan pelbagai jenis kemudahan untuk para pelanggan yang berkunjung sebelum memasuki ke dalam premis makanan, pakaian dan lain lain.

Antara inisiatif yang diambil adalah pelanggan perlu memberikan maklumat peribadi dengan mengisi borang atau buku yang telah disediakan untuk memudahkan aktiviti ‘contact tracing’ sekiranya berlaku jangkitan.

Selain itu, para pelanggan juga boleh memberikan data dengan hanya ‘scan barcode’ yang telah disediakan dan mengisi maklumat hanya melalui aplikasi pada telefon pintar.

Para peniaga juga perlu menyediakan cecair pembasmi kuman pada pintu masuk dan juga di kaunter pembayaran.

Malah sebelum pelanggan memasuki premis perniagaan, para pelanggan harus melalui proses saringan suhu badan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk.

Jangan lupa untuk memastikan para pelanggan memakai penutup hidung dan mulut serta menjaga penjarakan sosial satu meter antara pelanggan yang lain.

Sukar untuk beri kerjasama?

Sila duduk di rumah, lakukan pembelian online dan gunakan perkhidmatan e-hailing sahaja.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply