Make-Up pilihan di Hari Lebaran

0

Sedang asyik memenuhi ibadah berpuasa tanpa kita sedari kini telah pun memasuki minggu akhir bulan Ramadan.

Ini bererti minggu hadapan umat Islam bakal menyambut Aidilfitri pada tanggal 24 Mei.

Berbicara soal raya, pasti sahaja ramai yang sedang sibuk membuat persiapan raya!

Bagi kaum wanita, sudah pasti tidak sabar ingin melaram di pagi raya dengan baju baru, tudung, handbag dan kasut raya baru.

Pasti sahaja masing-masing ingin tampil cantik di hari raya.

Bagi kaum hawa yang ingin tampil cantik, sambutan hari raya tidak akan lengkap jika tanpa solekan. Setuju?

Amat sinonim dengan tagline, ‘golongan wanita dan solekan berpisah tiada!’

Raya tahun ini jika ada yang masih buntu tentang teknik mahupun jenis solekan yang sesuai mahupun menjadi pilihan di pagi raya, mungkin dengan perkongsian video edisi nude daripada MUA Bellaz ini dapat membantu anda!

Bak kata Bellaz, ‘segak lawa di Hari Lebaran’.

Namun dalam keterujaan ingin menyambut Syawal jangan pula kita lupa agar sentiasa mengamalkan kawalan kendiri seperti penjarakkan sosial dan jaga kebersihan diri.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply