Majlis Setiausaha PH mahu PDRM siasat segera insiden serangan ke atas Khalid Samad

0

Berikutan serangan terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad yang juga merangkap Ahli Majlis Setiausaha Pakatan Harapan, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan menzahirkan rasa terkejut mereka.

Menurut Majlis Setiausaha, mereka mengecam keras tindakan kumpulan berkenaan dan memohon agar pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dapat menyiasat segera insiden terbabit serta membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Mereka turut mengucapkan rasa terima kasih kepada pihak PDRM kerana telah memberi kerjasama dalam memastikan keselamatan YB Khalid Samad sehingga beliau selamat tiba di lapangan terbang pagi tadi.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply