Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki ke-21 ditangguh

0

Pengarah di Institut Aminuddin Baki, Mohd Bustaman  Abdul Aziz mengumumkan penangguhan Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki ke-21.

Menurut beliau setelah mengambil kira nasihat daripadanya Kenyataan Media Kementerian Kesihatan (KKM) Malaysia yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah COVID-19, maka pengurusan IAB memutuskan bahawa Majlis Komensmen IAB ke 21 yang ditangguhkan.

Majlis berkenaan dijadualkan berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 28 Mac 2020.

Beliau turut berharap supaya wabak COVID-19 dapat ditangani segera dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply