Majikan tidak boleh tolak cuti tahunan pekerja yang dikuarantin wajib

0

Majikan tidak dibenarkan menolak cuti tahunan atau mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji bagi yang perlu menjalani kuarantin wajib.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan tindakan terbabit adalah salah kerana tidak mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Mengikut SOP, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara mesti dikuarantin wajib selama 14 hari.

“Individu yang merentas negeri juga tertakluk akan peraturan ini jika bergejala atau mempunyai kontak rapat dengan kes positif.

“Arahan kuarantin wajib adalah sudah termaktub di dalam peraturan kerajaan, justeru majikan tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan arahan sedemikian,” jelas beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply