MAIWP salur bantuan zakat kali kedua kepada mereka yang terjejas pendapatan

0

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyatakan Penyaluran Bantuan Zakat Kecemasan kali kedua akan dilakukan setelah pihak MAIWP bersetuju untuk memberikan bantuan kecemasan.

Buat mereka yang telah menerima bantuan zakat kecemasan MAIWP sebelum 30 April 2020, bantuan kali kedua ini akan disalurkan secara automatik kepada mereka yang terjejas pendapatan.

Bantuan ini pada asalnya berbentuk one-off dan hanya diberikan sekali sahaja, namun atas dasar keprihatianan dengan situasi semasa dan PKP yang telah disambung dalam fasa keempat, bantuan ini akan disalurkan sekali lagi tanpa memerlukan permohonan baharu.

Bantuan kali kedua ini akan disalurkan secara berperingkat bermula pada awal Mei dan penerima akan menerimanya sebelum Hari Raya Aidilfitri.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3212895558768747&id=175751929149807

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply