Mahu rambut lebat, cantik dan bersinar? Jom try 5 tip yang mudah ini!

0

5 TIP UNTUK RAMBUT KEKAL SIHAT, LEBAT & BERSINAR SEPANJANG MASA

Rambut adalah mahkota wanita. Definisi rambut yang cantik adalah apabila kamu memiliki rambut yang tidak kering, sihat, lebat dan bersinar.

Jom baca info tentang rambut dan 5 tip penjagaan rambut agar kekal sihat, lebat dan bersinar sepanjang masa.

Purata bilangan kasar helaian rambut yang dimiliki oleh seorang manusia adalah 100,000 hingga 150,000 urat.

Rambut akan tumbuh sepanjang 0.3 hingga 0.5mm sehari.

Namun, ukuran rambut yang tumbuh semakin lama akan menjadi semakin pendek seiring dengan peningkatan umur.

Jika kamu hendak tahu, setiap satu urat rambut mampu menampung berat sebanyak 6.5 paun. Manakala, untuk keseluruhan rambut pada kepala pula mampu menampung berat sehingga 2 tan!

Bagaimana rambut boleh bertukar warna lalu menjadi uban? Ini kerana sel pigmen di dalam folikel rambut tidak lagi bekerja dengan betul. Jadi, ia akan memperlahankan proses pembentukan melanin dan mengakibatkan faktor penuaan terjadi pada rambut.

Setiap folikel rambut pada kulit kepala akan muncul dengan helaian-helain rambut baru hanya 20 kali dalam seumur hidup kita.


JOM BACA TIP DI BAWAH BAGAIMANA CARA MENJAGA RAMBUT DENGAN BETUL!

Kalau boleh elakkanlah penggunaan air panas ketika mandi. Sudah tentu-tentu tidak elok untuk rambut kamu. Apabila air panas ini terkena kulit kepala, ia secara tidak langsung membuatkan rambut kamu menjadi lebih kering dan kusut.

Jangan terlebih syampu rambut. Seeloknya cuci rambut dua atau tiga kali seminggu. Begitu juga buat rambut yang berwarna. Ini kerana minyak semula jadi yang dihasilkan rambut akan lenyap dek bahan kimia daripada syampu yang kamu gunakan hari-hari. Dan dengan itu, akan terhasillah pula minyak yang tidak diperlukan oleh kulit kepala dan membuatkan rambut kamu lebih berminyak dan leper.

Bukan sekadar wajah, rambut juga harus dilindung daripada sinar UV matahari yang berlebihan. Seeloknya sapu atau sembur produk pelindung haba, serum dan juga sarungkan topi jika kamu berada di kawasan yang cukup terik.

Kesihatan diri juga memainkan peranan yang sangat penting. Setiap pengambilan makanan kamu menyumbang kepada faktor kesihatan rambut kamu. Terutama buat kamu yang gemar berdiet. Kalau amalan diet yang salah, mampu memberi kesan kepada pertumbuhan rambut. Ingat, protein dan zat besi penting untuk rambut kamu.

Sikat rambut dengan cara yang betul. Jangan sikat secara kasar kerana ia hanya akan merosakkan lagi rambut kamu. Sikat rambut bermula daripada bawah dan ke atas. Ini kerana, jika kamu sikat daripada akar, ia boleh menyebabkan kerosakan. Paling penting, sikat kamu itu haruslah sentiasa bersih. Satu lagi, comb wet hair, do not brush it!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply