Mahu belajar melukis? Jom tonton perkongsian video ini!

0

Setiap manusia dikurniakan bakat seni berbeza-beza. Ada yang mahir dalam karya penulisan, merekacipta, seni suara, memasak dan pelbagai lagi.

Melukis dan mewarna juga antara kemahiran seni yang bukan sahaja menarik, malah boleh dijadikan bahan jualan untuk menjana pendapatan.

Karya seni yang tinggi nilai estetika ini kini terhasil dalam pelbagai kaedah dengan penggunaan bahan warna yang pelbagai.

Menerusi perkongsian video di laman media sosial Facebook @MY ART mempertontonkan hasil kerja seni yang sangat kreatif dan menarik.

Ada yang menggunakan cat air, cat akrilik, pastel minyak atau ‘oil pastel’, warna pensil dan pelbagai lagi.

Kaedahnya juga berbeza mengikut kepakaran seni masing-masing. Cantik sungguh!

Jadi, buat anda yang sedang bercuti atau ‘work from home’, bolehlah mengisi masa dengan mengasah bakat semulajadi, juga boleh mempelajari teknik melukis dengan menonton perkongsian video ini!

Jangan lupa kongsi dan lakukan promosi di laman media sosial. Mana tahu, ada yang berkenan, bolehlah menambah pendapatan. Minat dan rezeki seiringan.

Sesungguhnya anugerah Tuhan kepada hambanya tidak ternilai. Hargai kelebihanmu 🖌️✏️

Leave a Reply