Mahkamah lucutkan hak penjagaan bapa Britney Spears

0

Mahkamah Los Angeles akhirnya telah melucutkan hak penjagaan bapa kepada pelantun lagu “Opps I did again”, Britney Spears, Jamie Spears ke atas anaknya itu.

Arahan itu dikeluarkan hakim Mahkamah Los Angeles dan berkuatkuasa semalam.

Pada Jun lalu, Britney yang juga bintang pop terkenal memaklumkan kepada pihak pengadilan bahawa hak penjagaan itu yang bermula pada 2008 amat menyeksa dirinya.

Malah, penyanyi itu turut memfailkan dokumen memohon agar bapanya itu disingkirkan hak sebagai penjaga terutama dari segi harta bernilai RM251 juta.

Hakim Mahkamah Los Angeles, Brenda Penny berkata keadaan semasa tidak lagi sesuai dan ia memerlukan Jamie Spears melepaskan hak penjagaan berkuat kuasa Rabu.

Tambahnya, hak penjagaan aset penyanyi itu akan dijaga oleh seorang akauntan dilantik mahkamah buat sementara waktu.

Untuk rekod, Britney masih dibawah pengawasan profesional, Jodi Montgomery yang menguruskan urusan perubatan dan peribadinya.

Sebelum ini masalah kesihatan mental penyanyi itu tidak pernah didedahkan secara terbuka.

Namun, kempen yang dijalankan oleh peminatnya menerusi #FreeBritney menuntut hak kebebasannya dari segi undang-undang agar membebaskan dia daripada hak penjagaan bapanya.

–THE MALAYA POST

Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply