Lucu dan comel! Reaksi anak kecil apabila sibapa mengusik mahu membuang bantal busuknya

0

Setiap individu pasti mempunyai kelengkapan wajib untuk tidur seperti bantal, selimut dan mungkin teddy bear sebagai peneman tidur.

Perkongsian video yang dimuat naik seorang bapa yang sedang mengusik mahu membuang bantal busuk anak kecil menggamit perhatian netizen.

Yang lebih melucukan, kanak-kanak berkenaan mencium bantalnya dan membuat bunyi seolah-olah mahu muntah namun tetap memeluk bantal berkenaan.

Pandai betul ya si comel ni!

Diakhir perkongsian video berkenaan, anak kecil berkenaan cuba mengalihkan perhatian bapanya agar tidak membuang bantalnya serta meminta susu dan kemudian mengangkat tanda ‘peace’.

” Bwekk ! Dia sendiri bwerkk bau bantai busuk dia 😂 Apa apa pun peace tak tinggai ✌🏻,” kongsinya.

Semoga membesar dengan baik dan menjadi anak yang bijak ya dik! ♥️

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply