Luar biasa, hujan batu di MasjidilHaram

0

MAKKAH : Hujan lebat luar biasa yang melanda Makkah sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan terutama di bandar dilanda banjir kilat.

Menerusi perkongsian di laman Twitter Haramain, hujan lebat luar biasa dengan ribut itu turut membawa hujan batu di sekitar Mataf di dalam MasjidilHaram.

Satu video menunjukkan seorang lelaki memegang beberapa bola ais kecil.

Berita sama turut dikongsi di laman Twitter Saudi Gazette.

Menerusi perkongsian di laman Twitter Haramain, Sharifain, hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar petang semalam menyebabkan air naik sehingga mencecah lebih 1 meter.

Susulan itu, pihak Pertahanan Awam mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada semua pihak.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan beberapa wilayah di seluruh Arab Saudi bermula Jumaat sehingga Selasa.

Amaran awal berkenaan membabitkan ramalan ribut petir dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Makkah dan Madinah bermula Jumaat.

Memetik laporan media tempatan juga, amaran itu turut melibatkan ibu kota Riyadh, Qassim dan Provinsi Timur yang akan mengalami hujan lebat sederhana yang dijangka mengakibatkan arus deras dan banjir. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply