Lori bawa barangan kedai runcit Lan Solo kemalangan

0

Umum tahu penyanyi Lan Solo aktif mengusahakan perniagaan produk makanan kering dari Sabah dan Sarawak.

Mendapat sambutan baik sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Solo Borneo Mart kini melebarkan sayap perniagaan dengan membuka cawangan baru di Ampang selain premis sedia ada di Bandar Bukit Puchong.

Terkini, Lan Solo berkongsi berita kurang baik apabila lori membawa muatan barang Solo Borneo Mart dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu mengalami kemalangan awal pagi tadi.

Menerusi hantaran klip video di platform Instagram peribadinya, dapat disaksikan lori tersebut terbabas ke bahu jalan.

“Allahuakbar. Dapat call dari team SBM di Tawau. Lori yang bawa barangan SBM kemalangan.

“Alhamdulillah pemandu dan pembantu hanya cedera ringan.

“Mohon perjalanan team SBM untuk menguruskan penghantaran bekalan ke Semenanjung dipermudahkan ya”, pohon Lan pada kapsyen di laman Instagramnya.

Untuk rekod, pemilik nama Mohd Razlan bin Mohamed Yusof yang berasal dari Taiping, Perak ini mula dikenali sebagai vokalis kumpulan Kristal pada tahun 1999. Selepas membuat keputusan untuk mengundur diri dari kumpulan terbabit pada November 2017, dia menukar nama kepada Lan Solo.

Ayah kepada empat cahayamata ini turut mengembangkan bakat seni dalam bidang lakonan dan mencipta lagu.

Bakatnya kembali menyinar apabila menyertai rancangan televisyen Gegar Vaganza musim ke empat pada 2017 di mana beliau mendapat tempat ke-3.

Kami warga kerja The Malaya Post mendoakan agar Lan Solo tabah dan dipermudahkan urusan dalam mencari rezeki.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply