Live Update!! Lebih 15,000 rakyat hadir ke himpunan 3 MB.

0

DIANGGAR LEBIH 15000 RAKYAT HADIR KE HIMPUNAN TIGA MENTERI BESAR PANTAI TIMUR.

KUALA NERUS: Dianggarkan lebih 15000 rakyat membanjiri Himpunan Tiga Menteri Besar Pantai Timur yg diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Program yang diadakan ini bertujuan meraikan dan mensyukuri pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui oleh Dato’ Seri Ahmad Samsuri dan sebagai titik mula persediaan untuk PRU ke-15 akan datang.

Pertemuan tiga Menteri Besar iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang dapat mengukuhkan lagi hubungan antara negeri-negeri Pantai Timur.

Kini berlangsung ucaptama 3 Menteri Besar berkenaan dimulai Dato’ Dr Ahmad Samsuri diikuti Menteri Besar Pahang dan Kelantan.

Majlis yg berlangsung seawal 6 Petang pada hari ini (Khamis), dihadiri dari segenap penduduk dari serata negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Majlis dimulakan dengan Bicara Murabbi Ummah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus disusuli dengan Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

 

Leave a Reply