Lisa Collins dan suami Charlie McDowell pertama kali muncul di khalayak ramai

0

Pelakon Lily Collins dan suami Charlie McDowell pertama kali muncul di khalayak ramai selepas tiga minggu mengumumkan perkahwinan mereka awal bulan ini.

Anak penyanyi Phil Collins itu kelihatan bergaya dengan padanan jaket kelabu dan skirt hitam manakala suaminya tampil kemas dan santai mengenakan sut biru di majlis makan malam Cartier di Berlin pada Selasa.

Awal bulan ini, Lily Collins, 32 telah mengumumkan dia sudah berkahwin dengan pengarah Charlie McDowell, 38 dalam satu majlis tertutup di Dunton Hot Springs, di Colorado.

Collins mengakui dirinya adalah insan paling bahagia selepas sah bergelar isteri kepada lelaki idamannya itu.

 

“Saya tidak pernah impikan untuk menjadi milik seseorang selain awak dan sekarang saya sudah menjadi isteri awak.

“Pada 4 September 2021, kami bersatu secara rasminya. Saya cinta awak sepenuh hati Charlie McDowell. Saya tidak pernah sebahagia ini,” katanya.

Lisa Collins menyifatkan kisah cintanya dengan McDowell umpama kisah dongeng.

Pasangan ini bertunang pada September tahun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas Collins dan McDowell menjalin hubungan cinta selama setahun.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply