Linda Evangelista saman Zeltiq Aesthetics RM209 juta kerana dakwa alami kecacatan teruk

0

Bekas supermodel Linda Evangelista memfailkan saman berjumlah $50 juta atau sekitar RM209 juta terhadap Zeltiq Aesthetics yang didakwa gagal menjelaskan implikasi terhadap prosedur yang dijalankan di pusat kecantikan tersebut.

Linda, 56 telah hilang pekerjaan sejak sekitar tahun 2016 selepas dia mengalami kemurungan teruk dan takut bertemu orang kerana kegagalan pembedahan plastik yang dilakukan sebelumnya.

Pengakuan mengejutkan diluahkan model kelahiran Kanada kepada para pengikut di Instagram dan peminatnya dalam pentas peragaan.

“Kepada semua pengikut dan peminat yang tertanya ke mana menghilang saya selama ini, jawapannya adalah kerana saya telah mengalami ‘kecacatan teruk’ yang diakibatkan oleh Zeltiq’s CoolSculpting selepas melakukan prosuder kecantikan dan ia sama sekali tidak seperti yang dijanjikan,” tulis model ini.

Model yang cukup terkenal pada tahun 1990an ini mendakwa dia telah melakukan prosedur membuang lemak termasuk pada bahagian peha, dagu dan abdomen sekitar lima tahun lalu iaitu di antara tahun 2015 dan 2016.

Namun selepas melakukan prosedur berkenaan, dirinya telah menderita kesan sampingan teruk yang dikenali sebagai paradoxical adipose hyperplasia (PAH).

Untuk rekod PAH menyebabkan bahagian tubuh yang melakukan prosuder kecantikan mengalami bengkak atau benjolan.

“PAH bukan sahaja menghancurkan saya, tetapi membuat kehidupan saya diselubungi kemurungan yang teruk dan kesedihan melampau.

“Saya juga berada pada tahap terendah dalam kehidupan. Proses ini memyebabkan saya selalu menyembunyikan diri dan mengelak daripada bertemu orang,” dakwanya lagi.

Lantaran itu dia telah hilang sumber pendapatan sejak tahun 2016 kerana kecacatan yang dialami.

Evangelista memfailkan saman terbabit pada Selasa di Mahkamah Persekutuan New York dengan alasan Zeltiq Aesthetics telah gagal memberitahu pengguna mengenai kesan sampingan terhadap pembedahan kecantikan yang dilakukan, memberi penjelasan iklan yang tidak tepat dan mengabaikan pengguna.

Lapor media, Zeltiq Aesthetics, unit dari Allergan Aesthetics dan anak syarikat AbbVie bagaimapun belum memberi sebarang respon.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply