Lima warga Malaysia di Brunei positif COVID-19 dijaga rapi

0

Menteri Luar Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menghubungi rakan sejawat Menteri Luar Negeri Brunei II, Dato’ Erywan membincangkan usaha kedua-dua negara dalam menangani krisis COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Dalam perbincangan itu mereka turut berbincang berkenaan kes pertama di Brunei yang melibatkan seorang lelaki yang hadir ke perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Katanya, peratusan kes COVID-19 di Malaysia berkaitan perhimpunan tabligh lebih tinggi iaitu 62% berbanding di Brunei 49%.

Jelasnya setakat ini 13,000 peserta perhimpunan tabligh telah dikenalpasti dalam satu operasi pertubuhan taskforce yang dilakukan pihak polis.

Pada masa yang sama, Menteri Luar Negeri Brunei II juga memaklumkan terdapat lima orang rakyat Malaysia di Brunei dijangkiti COVID-19 dan sedang dijaga rapi.

Selain kerjasama erat bersama kerajaan Brunei, Menteri Luar Negeri Indonesia, Ibu Retno turut memaklumkan perkembangan terkini mengenai perhimpunan tabligh di Gowa kepada Wisma Putra.

“Seperti mana kita membantu Indonesia dan Singapura, Malaysia-Brunei juga boleh bekerjasama dalam usaha membawa pulang rakyat kedua-dua negara yang terkandas di luar negara.

“Saya turut menekankan, ASEAN mesti bersatu melawan COVID-19 dan sebagai sebuah negara kita mesti cekal dan cari penyelesaian. InsyaAllah, kita boleh!,” tulisnya.

Had a very constructive Video Conference with Dato Erywan, 🇧🇳 Brunei’s Minister of Foreign Affairs II today. We…

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Selasa, 24 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply