Lima langkah cegah COVID-19 yang perlu diamalkan

0

Hanya seorang wakil atau ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli barangan keperluan harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagi memastikan tahap keselamatan dan kebersihan dari wabak COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu arahan penting langkah-langkah yang perlu diamalkan selepas pulang daripada membuat sebarang pembelian.

Hanya ketua keluarga atau seorang wakil keluarga yang dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.Gambar: Public Health Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 21 Maret 2020

Lima langkah dan amalan yang perlu dititikberatkan adalah seperti berikut:

1) Buka topeng muka serta masukkan ke dalam plastik dan buang ke tong sampah

2) Elakkan menyentuh, memeluk anak dan ahli keluarga

3) Pergi ke tandas buka pakaian dan rendam didalam sabun

4) Mandi dengan sabun. Bersihkan muka, tangan dan seluruh badan

5) Setelah merasakan diri sudah bersih baru keluar berkumpul bersama keluarga

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply