Lima golongan belia resah akan dibantu

0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui inisiatif Kolaborasi Rentas Kementerian sedang berkerjasama dengan kementerian-kementerian lain dengan memberi fokus dan keutamaan terhadap lima kumpulan belia resah.

KBS mendefinisikan lima belia resah yang perlukan perhatian adalah seperti berikut:

1) Belia yang sedang bekerha namun khuatir berdepan risiko dibuang kerja

2) Belia yang berada di Institusi Pengajian Tinggi yang akan memasuki alam pekerjaan

3) Belia dalam peringkat awal keusahawanan terutamanya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang tertekan akibat PKP

4) Belia yang terlibat di dalam ekonomi gig yang disifatkan berisiko kerana tiada perlindungan keselamatan sosial

5) Belia “NEET” yang bekerja tetapi tidak berpendidikan dan tiada latihan kemahiran yang harus diberi sokongan

Susulan itu Menteri KBS, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau dan team KBS kini sedang menyediakan tawaran-tawaran sesuai yang boleh membantu belia bangkit semula untuk untuk terus menjana semula ekonomi pasca penularan COVID-19 ini.

Menurutnya dengan usaha ini sedikit sebanyak akan dapat memberi lebih banyak ruang serta peluang kepada belia di luar sana yang terkesan dengan kekangan yang mencabar ini.

5 GOLONGAN BELIA RESAH YANG PERLUKAN PERHATIAN#SesiPenggulungan #TeamKBS#DewanRakyat #ParlimenMalaysia#dekadinidekadanda

Dikirim oleh Reezal Merican Naina Merican pada Sabtu, 08 Agustus 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply