Letupan besar gegarkan Beirut, Malaysia zahir rasa simpati, sedia hulur bantuan

0

Dunia digemparkan dengan berita dua letupan besar menggegarkan Beirut yang dilaporkan meragut puluhan nyawa dan ribuan yang tercedera.

Dalam pada itu, Malaysia yang diwakili Menteri Luar Negeri, Dato Seri Hishammuddin Hussein menzahirkan rasa simpati dan turut berduka di atas kemalangan yang menimpa.

Beliau dalam perkongsiannya di laman Facebook rasmi miliknya berkata, rakyat Malaysia tumpang bersedih dan sentiasa mendoakan rakyat Lubnan tabah mendepani ujian ini.

Menurut beliau, Malaysia juga akan membantu apa sahaja yang terdaya.

Malaysia tumpang bersedih dan sentiasa mendoakan rakyat 🇱🇧 Lubnan yang kita percaya amat tabah mendepani ujian ini….

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Selasa, 04 Agustus 2020

Menurut laporan awal yang diterima dari Perwakilan Malaysia di Beirut, rakyat Malaysia selamat dan dinasihatkan agar kekal berada di rumah masing-masing.

Selain itu dalam satu perkongsian lain, makluman terkini oleh pihak Kementerian Kesihatan Lebanon memaklumkan seramai 73 individu terkorban manakala 3,700 lagi cedera dalam letupan berkenaan.

PRAY for Beirut, Lebanon.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply