Letak duit dalam tepung, idea unik Aamir Khan mengejutkan ramai

0

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan ekonomi kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Di negara India contohnya, rata-rata-rata sebilangan rakyat terdiri daripada golongan yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Menyedari keadaan ini, ramai selebriti negara berkenaan tampil menghulurkan bantuan.

Namun, cara yang dilakukan aktor terkenal Aamir Khan sangat unik dan tidak terfikir dek akal.

Bertujuan agar bantuan yang diberi sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, Aamir Khan telah menyedia dan menghantar satu lori makanan berupa tepung gandum kepada golongan sasar.

Tepung seberat 1 kilogram setiap pek itu didermakan setiap seorang.

Tetapi apa yang tidak diketahui mereka ialah dalam setiap pek tepung itu telah diletakkan wang tunai berjumlah 15,000 rupee atau RM863!

Satu jumlah yang sangat besar bagi golongan bawahan di sana.

Satu tindakan bijak kerana bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan sahaja. Sekilo tepung sangat bernilai bagi si miskin.

Mulia sungguh hati Aamir Khan.

Semoga usahanya mendapat ganjaran dari Yang Maha Esa.

Aamir khan derma 1 lori tepung. Ramai terkejut bila tengok isi dalam tepung

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply