Lesen motosikal percuma untuk rakyat Terengganu

0

Permohonan lesen motosikal percuma untuk tahun 2020 dibuka semula menerusi Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2020.

Program ini terbuka kepada mereka yang berstatus bujang mahupun telah berkahwin yang berumur 16 tahun 1 hari (cukup bulan) sehingga 40 tahun dan tarikh permohonan bermula 20 Februari hingga 05 Mac 2020.

Manakala syarat syarat kelayakan program berkenaan adalah:
i- Pemohon hendaklah anak jati Negeri Terengganu atau bermastautin 10 tahun lebih di negeri tersebut
ii- Berumur 16 tahun sehingga 40 tahun untuk lesen B2 sahaja.
iii- Berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
iv- Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian atau manual
v- Permohonan hanya boleh dilakukan sekali sahaja.

Pendaftaran boleh dilakukan secara manual menerusi ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS) dan di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berdekatan manakala untuk pendaftaran secara atas talian boleh melayari laman web http://idana.terengganu.gov.my.

Mereka yang layak boleh segera memohon dan tarikh tutup permohonana pada 12 Mac.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply