Lepak bersama rakan-rakan sambil berkongsi ilmu, perkongsian di laman Twitter mampu sebar ilmu kepada warganet

0

Mempunyai rakan yang dapat menegur serta membimbing kita ke jalan yang lebih baik adalah anugerah yang tidak ternilai.

Demikian yang terjadi kepada sekumpulan sahabat yang dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Muqrizaharin.

Perkongsian video yang dimuat naik oleh Muqrizaharin di laman Twitternya memperlihatkan seorang rakannya sedang berbicara tentang asas agama.

“lelaki kalau lepak mesti cerita pasal perempuan…” “reality : ????” tulis Muqri bersama video berdurasi 0.41 saat itu.

Video berkenaan memaparkan rakannya itu sedang menyampaikan ilmu berkaitan jenis-jenis Istighfar.

Di ruangan komen juga, Muqri turut memuatnaik video berdurasi 1.05 minit di mana sambungan pada video awal di entrinya yang pertama.

Menurut Muqri, mereka pada mulanya bermain permainan yang tular ‘flip bottle challenge’ dan peraturannya sesiapa yang tidak dapat mendirikan atau menegakkan botol akan didenda iaitu berkongsi satu ilmu pengetahuan.

Muqri juga memaklumkan rakannya itu tidak mempunyai akaun Twitter dan hanya mempunyai akaun Instagram.

Oleh kerana itu Muqri telah meletakkan link untuk ke akaun Instagram rakannya.

https://instagram.com/firdauscy_?igshid=3srq09ri8fim

Rata-rata di ruangan komen terutamanya dari golongan lelaki bersetuju dengan status yang ditulis oleh Muqri dan menurut mereka kebiasaannya topik yang dibincangkan apabila bertemu rakan-rakan adalah mengenai bola, agama dan kereta.

“Aku kalau lepak dgn member aku, pasal perempuan tu blh kata 1% je..Selebihnya Bisnes,Masa Depan,Ekonomi,Investment,Teori,Agama,Motor,Kereta..Ni majoriti yg kita orang bincang”.

“tp based on my experience org laki kalau lepak ramai2 mcmni tkdenya ckp pasal pompuan..klau ada pun, jarangla..dia akan ckp psal pompuan yg dia suka je tu pun kalau lepak berdua/ kwn bilik je.kebiasaanya bila lepak mcm ni mmg byk kupas bnda lain..btw nice sharing!”.

Malah ada juga yang menyatakan tidak mengetahui mengenai hadis yang dibincangkan namun pernah disebut oleh guru ketika di sekolah.

Video berkenaan kini telah mendapat 254,000 jumlah tontonan, 14,800 telah diulang kicau dan 18,500 tanda suka.

Leave a Reply