Lembaga Zakat Selangor salur bantuan tambahan untuk adik dan ibu Sherie Merlis

0

Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menyalurkan bantuan tambahan kepada keluarga pelakon Sherie Merlis yang berdepan kesusahan termasuk dijangkiti Covid-19.

LZS dalam satu kenyataan berkata adik kepada pelakon drama, Sharifah Athirah Wan Zainalabidin didaftarkan sebagai asnaf pada Julai lalu.

Athirah telah menerima bantuan kewangan mulai bulan ini.

“LZS turut menghulurkan bantuan perubatan kepada ibu Sherie seperti lampin pakai buang dan susu khas sejak Jun lalu.

“Bantuan tambahan akan disalurkan terutama kepada ibunya yang terlantar sakit mengikut keperluannya. Moga bantuan ini meringankan beban keluarga Sherie,” kata LZS dalam satu kenyataan.

Terdahulu, LZS memaklumkan pihaknya menziarahi keluarga pelakon berusia 48 tahun itu semalam selepas mendapat laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Dengan bantuan pihak pengurusan Megaklinik Zahran Bangi, kami pergi melihat keperluan mereka dan menghulur bantuan makanan,” katanya.

Ahad lalu, Sherie memuat naik video di Instagram merayu orang ramai memberi pendapat selepas dia ‘terperangkap’ bersama 11 orang termasuk adiknya yang positif dalam rumah kecil dua bilik.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply