Lelaki tembak rakan lama direman 7 hari

0

Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) direman tujuh hari sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan kes bunuh Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Taman Raya, Wakaf Tapai, semalam.

Perintah reman terhadap suspek berusia 56 tahun itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda hari ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di Mahkamah Marang pada jam 10.35 pagi tadi.

Media semalam melaporkan seorang lelaki maut, manakala anak saudaranya parah selepas ditembak jirannya yang juga rakan lamanya dipercayai menggunakan senapang patah dalam kejadian di Taman Raya Wakaf Tapai.

Mangsa, Fong Swee Fuan, 65, yang juga bekas Ketua Bahagian MCA Marang yang cedera di dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala anak saudaranya, Teo Hock Beng, 45, parah di dada akibat terkena tembakan sama.

Suspek yang melarikan diri menaiki sebuah jip berjaya ditahan di kawasan kebun di Durian Mentangau, Dungun kira-kira jam 4.20 petang semalam.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply