Lebuhraya Thean Teik Daerah Timur Laut ditutup sementara bermula 16-28 Mac

0

Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan akan melakukan penutupan jalan sementara di Lebuhraya Thean Teik Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Penutupan selorong atau sehala di jalan itu akan berkuatkuasa mulai 16 hingga 28 Mac dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan bersambung kembali pada jam 8.00 malam sehingga hari esoknya iaitu 6.00 pagi.

Notis pemberitahuan ini dibuat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemotongan pokok di lebuhraya berkenaan untuk Projek Jalan-Jalan Utama dan Laluan Ketiga (Terowong) di Pulau Pinang.

Penutupan jalan sepanjang 500 meter akan dilakukan secara berperingkat yang dimulai dari arah Lebuhraya Thean Teik menghala ke Lorong Batu Lancang untuk semua lalu lintas.

Sehubungan itu, JKR menasihatkan pengguna jalan raya untuk mematuhi papan tanda keselamatan yang akan disediakan dan memandu dengan berhati-hati.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply