‘Lebih daripada dua ekor ‘singa’ yang ada di negeri Melaka’ – Penganalisis Politik

0

“Bukan sahaja dua, lebih daripada dua ekor ‘singa’ yang ada di negeri Melaka”, demikian kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Mohd Tawfik Yaakub.

Justeru katanya, ia perlu diselesaikan dengan kadar segera, jika tidak mahu perpecahan dalaman UMNO Melaka merebak ke negeri-negeri lain.

“Bukan sahaja dua, lebih daripada dua ekor ‘singa’ yang ada di negeri Melaka. Ini yang perlu diselesaikan dengan kadar segera.

“Kita tidak mahu perpecahan dalaman UMNO Melaka merebak ke negeri-negeri lain dan akhirnya menyebabkan sebuah kerajaan yang dikatakan stabil akhirnya terpaksa tumbang kerana penarikan diri daripada ADUN UMNO itu sendiri daripada kerajaan Melaka,” katanya ketika ditemubual Astro AWANI hari ini.

Ujar beliau perpecahan dalaman UMNO dilihat sebagai antara punca kemelut politik yang melanda Melaka ketika ini.

Tambahnya, beberapa formula perlu dilaksanakan segera bagi memastikan kemelut sebegitu tidak berulang.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply