Lebih 200 juta dos vaksin koronavirus telah diedarkan membabitkan 107 negara dan wilayah.
Secara keseluruhan, 201,042,149 dos telah diagihkan di seluruh dunia – namun angka ini tidak termasuk data terbaru dari China dan Rusia.
Sebanyak 45 peratus suntikan dilakukan di negara-negara yang tergolong dalam negara berpendapatan tinggi (G7), yang anggotanya hanya berjumlah 10 persen dari populasi global.
Tujuh negara G7 antaranya Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Jerman, Perancis, Itali dan Jepun telah berjanji dos dengan lebih adil dengan negara-negara miskin.
Pemimpin-pemimpin negara G7 merancang untuk melipatgandakan jumlah sokongan mereka terhadap vaksin koronavirus di seluruh dunia, sehingga 7.5 bilion USD, termasuk melalui skema Covax oleh Organisasi Kesihatan Sedunia.
Secara lebih luas, 92 peratus dos di seluruh dunia telah diberikan di negara-negara yang diklasifikasikan oleh Bank Dunia sebagai ‘berpendapatan tinggi’, merangkumi separuh daripada populasi global.
Di antara 29 negara ‘berpendapatan rendah’, ialah Guinea dan Rwanda yang telah mulai melakukan vaksinasi.
Manakala, Israel jauh lebih maju daripada negara lain di seluruh dunia dengan hampir separuh penduduknya menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Satu dari tiga orang Israel telah menerima kedua-dua dos yang diperlukan untuk perlindungan penuh.
Negara-negara lain yang memberikan lebih daripada 10 peratus rakyatnya sekurang-kurangnya satu dos termasuk Britain (25 peratus), Bahrain (16 peratus), AS (13 peratus),Chile (12 peratus) Seychelles (43 peratus, dan Maldives (12 peratus).
AS telah menyuntik lebih tinggi daripada negara lain dengan jumlah 59.6 juta dos.
Negara China juga telah mencapai 40.5 juta pada 9 Februari lalu, sementara Britain dengan jumlah 17.5 juta, India pula 10.7 juta dan Israel 7.1 juta. – AFP
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost