Lawatan kerja dua hari ke Langkawi sangat produktif – Dr Abd Latiff Ahmad

0

LANGKAWI : Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Dr Abd. Latiff Ahmad menyifafkan lawatan kerja dua hari ke Langkawi sangat produktif.

Terdahulu beliau merasmikan majlis penyerahan dan penghargaan sumbangan rakan strategik anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar di perkarangan Masjid Al Ehsan, Temenyoh,Langkawi.

Pada majlis berkenaan Mantan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamed hadir sebagai tetamu kehormat.

Yang pasti lensa kamera tertumpu kepada dua pemimpin politik ini berikutan ia adalah pertemuan pertama mereka selepas Tun Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM.

“Selesai lawatan kerja petang tadi, saya bersama-sama rakan strategik KPLB di perkarangan Masjid Al Ehsan, Temenyong, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Langkawi, YB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai tetamu kehormat.

“Majlis dimulakan dengan penyampaian Plak Penghargaan Rakan Strategik KPLB sumbangan Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL), Tenaga Nasional Berhad (#TNB) dan Hume Cemboard Industries Sdn Bhd.

“Ia disusuli dengan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim yang kurang bernasib baik sebelum diteruskan dengan berbuka puasa dan solat berjemaah bersama komuniti masyarakat Langkawi.

“Dua hari yang sangat produktif di Langkawi. Terima kasih dan sampai berjumpa lagi”, tulisnya di facebook.

Dalam pada itu, dalam ucaptama beliau menwar-warkan program Rakan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Ia adalah inisiatif baharu KPLB iaitu sebuah program yang diterajui oleh KPLB melalui sokongan dan kerjasama daripada syarikat korporat dan Swasta serta pelaksanaan oleh jabatan dan agensi di bawah KPLB.

Ia berdasarkan konsep tanggungjawab sosial korporat dalam meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar.

Menurut Dato’ Dr Latiff matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

“Ini akan memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk meningkatkan aktiviti ekonomi mereka bagi menjana pendapatan yang lebih baik melalui perkongsian strategik dan kolaborasi antara KPLB dan sektor swasta yang akan turut meningkatkan kuasa beli masyarakat luar bandar”, katanya.

Tambah beliau pelaksanaan program ini adalah berdasarkan kepada beberapa daerah yang terpillh di beberapa buah negeri.

“Daerah yang terpilih perlu bekerjasama dengan syankat wasta dengan penyelarasan oleh KPLB dan oemantauan oleh JabataniAgensi KPLB.

“Skop utama program ini meliputi Ekonomi, Keusahawanan dan Industri Desa, Pendidikan, Kemasyarakatan dan Keceriaan”, katanya.

Untuk rekod, sebanyak 14 buah syarikat korporat dan swasta termasuk pihak universiti melaksanakan aktiviti atau sumbangan CSR bersama KPLB sepanjang program ini di jalankan di negeri Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak.

Bagi negeri Kedah sebanyak 12 buah syarikat dan universiti terlibat dalam melaksanakan aktiviti atau sumbangan yang melibatkan dua buah daerah iaitu daerah Baling dan daerah Langkawi. —THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply