Lathi Challenge Mawar Rashid menghiburkan!

0

Aplikasi TikTok sememangnya menjadi kegilaan ramai buat masa kini lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bagi mengisi masa terluang di rumah.

Di aplikasi Tik Tok terdapat satu cabaran yang diberikan nama Lathi Challenge dimana tiktoker’s perlu menunjukkan teknik menatarias wajah yang cantik sebelum berubah menjadi watak yang menakutkan.

Malah lagu tema menggabungkan elemen muzik elektronik dan tradisional itu berjudul Lathi hasil nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira turut dimainkan menambahkan lagi ‘keseraman’ di dalam video yang ditonjolkan.

Pelakon yang tidak pernah lekang dengan senyuman, Mawar Rashid berdarah kacukan Melayu Thailand (Siam) ini sering berkongsi video Tik Tok dilaman Instagramnya.

Terbaharu Mawar turut terjebak dengan #LathiChallenge ini dan hasilnya memang menyeramkan!

” Nahhhh!! FINALLY… #LathiChallenge yang korang tertunggu2 👻 tapi versi siam.. tulisan kat muka pun bahasa thai 😂” tulisnya.

View this post on Instagram

Nahhhh!! FINALLY… #LathiChallenge yang korang tertunggu2 👻 tapi versi siam.. tulisan kat muka pun bahasa thai 😂 . . . Sooo! Cerita sebalik video yang korang duk request siap merayu2 nak sgt Mekwa buat version Mekwa ni 😂😂😂cerita dia.. Mekwa and abang2 Mekwa Plan satu hari je nk buat video ni.. . . 4jam plan, 6jam shoot, settle kul 6 pagi ok😂 edit 16jam weeiii.. . . Mekwa buat special sikit, pakaian traditional Indonesia 🇮🇩 ke pakaian traditional thailand 🇹🇭 . Sebab Mek kan HALF THAI. HEHEHHE . . Hasilnya!!!! Mekwa sendiri pon inlove gila, sumpah x pecaya boleh buat video camniiii..😭😭😭 Thanks to Abang Mekwa @eddyrafuanrashid , sebab tolong plan, Shoot and Edit video ni. 99% edit by him and 1% touch up edit by me 😝 Aunty Mekwa, @icu_maryana tolong Adik pakaikan baju ni, buatkan rambut lah sampai aunty tido pukul 6pagi.. Susah and berat pulak nk pakai Baju Thai ni😅 siap tolong tuliskan bahasa thai kat muka 😹 mekwa tak reti tulis bahasa thai. Kikiki🤭 And thank you gfan @arfanrashid tolong sewakan baju thai ni dalam masa satu hari g sewakan baju utk adikkk!! Thank you for making this happened guys . Blanje emoji sesuai kat Mekwa okay! And tag kawan korang yang been talking about this #lathichallenge . . Song Lathi by @sarafajira Video inspired by @jharnabhagwani . . Baju @mawarosehq #lathichallenge #lipsynchallenge #thaitraditional #makeup #viral #mawarose #makeuptutorial

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Menurut Mawar, di sebalik cerita pembikinan video terbabit adalah kerana terdapat beberapa peminat yang meminta Mawar untuk membuat cabaran berkenaan.

” Mekwa and abang2 Mekwa Plan satu hari je nk buat video ni.. 4jam plan, 6jam shoot, settle kul 6 pagi ok😂 edit 16jam weeiii.. Mekwa buat special sikit, pakaian traditional Indonesia 🇮🇩 ke pakaian traditional thailand 🇹🇭 . Sebab Mek kan HALF THAI. HEHEHHE ” celotehnya lagi.

Mawar turut berrasa terima kasih kepada abangnya, Eddyrafuanrashid kerana menolongnya dalam merancang, merakam dan juga mengedit video berkenaan serta beberapa lagi ahli keluarganya yang lain.

” 99% edit by him and 1% touch up edit by me 😝, Aunty Mekwa, @icu_maryana tolong Adik pakaikan baju ni, buatkan rambut lah sampai aunty tido pukul 6pagi.. Susah and berat pulak nk pakai Baju Thai ni😅 siap tolong tuliskan bahasa thai kat muka 😹 mekwa tak reti tulis bahasa thai. Kikiki🤭 And thank you gfan @arfanrashid tolong sewakan baju thai ni dalam masa satu hari g sewakan baju utk adikkk!! ” ujarnya.

Video cabaran yang dikongsikan oleh Mawar mendapat sambutan dari para peminatnya dan tidak kurang juga yang bergurau dengan mengatakan mendapat mini heart attack kerana lampu rumahnya tiba tiba terpadam (blackout) ketika menonton video berkenaan.

Serba boleh sungguh Mek Wa ni ya, menyanyi boleh, menari boleh, berniaga pun boleh.

Well done Mawar!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply