Lapan rakyat Malaysia di Uganda selamat tiba di tanah air

0

Lapan rakyat Malaysia dari Uganda selamat tiba di tanah air kira-kira jam 8.25 pagi tadi.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Kamarudin Jaffar hari ini memaklumkan
kesemua mereka diterbangkan khas melalui pesawat sewaan dari Uganda ke Tanzania dan seterusnya menaiki penerbangan komersial Qatar Airways terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Kenya dan Konsul Kehormat Malaysia di Uganda iaitu Habib Kagimu bersama dalam memudahcara kepulangan ini.

“Pihak kami juga akan sentiasa memantau situasi serta keadaan rakyat Malaysia di seberang laut bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara,” ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Dikirim oleh Wisma Putra pada Minggu, 12 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply