Lanjutan Moratorium, Bantuan Bank Bersasar bantu golongan terjejas

0

Perdana Menteri bersetuju melanjutkan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar kepada golongan yang terkesan ekoran penularan wabak COVID-19.

Dalam pengumuman hari ini, beliau berkata lanjutan tempoh selama tiga bulan moratorium akan diberikan kepada individu yang kehilangan pekerjaan atau yang masih belum mendapat pekerjaan baharu pada tahun ini.

“Selepas tiga bulan tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.

“Selain itu bagi pekerja yang mempunyai masalah gaji terjejas atau mengalami pengurangan gaji kerajaan bersetuju untuk mengurangkan bayaran ansuran bulanan yang ditanggung bergantung kepada jenis pinjaman.

“Bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji.

Menurutnya, bantuan terbabit dapat meringankan beban pekerja sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan.

Berbicara lanjut beliau berkata lanjutan bantuan ini juga boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu.

Siaran Langsung Perutusan Khas Pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia. (29 Julai 2020)

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Rabu, 29 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply