Langkah segera bila disengat lebah

0

Perhatikan di sekeliling rumah anda. Adakah anda mengesan terdapat sarang lebah terutamanya jika rumah anda jenis kayu atau papan?

Begitu juga di dahan pokok tanaman sekitar rumah. Ia adalah ‘port’ kegemaran haiwan ini.

Jangan ambil ringan kerana bisa sengatan lebah berbahaya dan boleh membawa maut.

Segera lakukan kerja pembuangan dan pembersihan bagi mengelak dari diserang dan disengat makhluk berbisa ini.

Jika anda terkena sengatan lebah, apakah langkah yang perlu dilakukan?

Menerusi laman media sosial Facebook @Public Health Malaysia, ada perkongsian penting yang anda perlu lakukan dengan segera.

1. Segera mengesan dimana lokasi sengat lebah.

Tips : Biasanya, anda akan merasa sakit dan panas di tempat sengatan.

2. Perlahan lahan, buang sengat dengan menggunakan penyelit kecil atau dua kad tebal yang dirapatkan.

Contohnya, kad kredit dan kat ATM.

3. Sesudah menarik keluar sengatan, basuh tempat sengatan dengan air sabun.

4. Kemudian, tuam ais batu selama 20 minit berulang kali sehingga bengkak reda dan berkurangan.

5. Jika anda ada menyimpan krim sapuan calamine atau hydrocort cream, ia boleh digunakan.

Ambil ubat antihistamine jika ada dalam simpanan. Perhatikan perkembangannya.

Sekiranya bergejala seperti bengkak, sakit dan gatal semakin teruk atau tidak berkurangan, dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik berhampiran.

Sebagai tambahan, jika kali terakhir anda mendapat suntikan vaksin tetanus pada 10 tahun lalu, mungkin anda memerlukannya dan boleh mengambil suntikan ini sekali lagi.

#kitaJagaKita
#kitaTolongKita

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Jika anda disengat lebah, perkara penting yang anda perlu lakukan adalah mengesan dimana lokasi sengat lebah….

Posted by Public Health Malaysia on Friday, 12 June 2020

Leave a Reply