Langgar SOP PKPB : Neelofa, Harris mengaku tidak bersalah

0

Di Mahkamah Majistret Seremban, Selebriti tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.

Neelofa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika masuk ke dalam sebuah kedai karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Manakala suami, Muhammad Haris pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama dan pertuduhan tidak memakai pelitup muka ketika berada di kedai karpet berkenaan.

Pasangan ini didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai permaidani berkenaan.

Neelofa menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli permaidani.

Isu itu mula menjadi bualan selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan dia dan suami berada di sebuah kedai permaidani. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply