Lagu Sufian Suhaimi, Mencuba dalam versi Korea dinyanyikan oleh kumpulan K-Pop popular, G.T.I

0

Penyanyi dan Komposer, Sufian Suhaimi kini semakin dikenali hingga ke peringkat antarabangsa.

Lagu-lagu yang dinyanyikan olehnya sudah beberapa kali telah dinyanyikan kembali (cover version) oleh penyanyi terkenal luar negara.

Terbaru, Sufian telah berkongsi satu entri, salah sebuah lagu di laman Instagramnya yang dinyanyikan oleh penyanyi berkumpulan popular Korea, Golden Tour Idol (G.T.I).

“#Mencuba in Korean version. Full version on @youtube !”tulis Sufian di ruangan status Instagramnya bersama satu video berdurasi satu minit.

Lagu Sufian dinyanyikan kembali oleh ahli kumpulan G.T.I yang dianggotai oleh Dong Gyun, Aoora, SiBong dalam versi Korea kini mendapat lebih 130,000 tanda suka dari para peminatnya.

Sufian Suhaimi pernah berkolaborasi bersama kumpulan G.T.I di pentas prestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH) dan menyanyikan lagu yang sama, Mencuba dan Di Matamu.

Nampaknya, Sufian Suhaimi boleh dikategorikan antara artis yang berjaya hingga ke peringkat antarabangsa.

Mana tidaknya, lagu Sufian sudah โ€˜hitโ€™ hingga ke negara Korea.Tahniah Pian!!!

Leave a Reply