Lagu Nur versi Aku Nak Roti Gardenia!

0

Hari ini merupakan hari ke-23 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan siapa sangka dalam tempoh beberapa hari ini penyanyi muda Naim Daniel telah membuat beberapa koleksi lagu ‘cover version’ dengan caranya yang tersendiri.

Yang lebih menarik, seperti biasa Naim Daniel akan menukar bait-bait lirik lagu berkenaan bersesuaian dengan situasi sekarang.

Terkini, lagu “cover version” yang dinyanyikan adalah lagu Nur dari kumpulan nasyid terkenal, Inteam.

Seperti mana yang semua sedia maklum, pada musim PKP dilaksanakan, orang ramai ‘ketandusan’ stok makanan ruji iaitu roti.

Mungkin penyanyi ini membaca luahan dan keluhan para pengguna di laman media sosial berkenaan isu ini, lantas dia berkarya mengubah lirik lagu Nur kepada Aku Nak Roti Gardenia!

“Aku mengidam. Sumpah tak tipu. Yes. Ini lagu paling ikonik yang INTEAM buat bagi aku. Lejen gila. Dan aku ada buat perubahan mengikut keadaan sekarang. Tak nak tulis panjang. AKU NAK ROTI GARDENIA !” celoteh Naim.

Namun, di sebalik “cover song” yang agak lucu itu, terselit juga bait-bait nasihat yang dititipkan Naim buat semua.

Hebat Naim, teruskan berkarya ya!

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply