Lagu Moh Kenei Perak kini dapat didengar di semua platform digital

0

Kini anda boleh mendengar lagu ‘Moh Kenei Perak’ nyanyian duet Raja Pop Negara, Dato’ Jamal Abdillah bersama penyanyi pasangan kembar AishaHanim menerusi Spotify, Joox, iTunes dan semua platform digital.

Penulis skrip, Ajim ketika berkongsi perkhabaran ini, mengharapkan orang ramai terhibur dengan lagu loghat Perak berkisarkan keindahan negeri terbabit.

 

Lagu Moh Kenei Perak merupakan cetusan idea Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu akan dijadikan sebagai lagu simbolik bagi negeri Perak memandangkan konsep komersial yang diterapkan komposer bersama penulis lirik dan amat sesuai dijadikan sebagai lagu pelancongan negeri berkenaan.

Moh Kenei Perak terbitan Nang Surya Studios dihoskan oleh penyanyi dan pelakon popular tanahair Shiha Zikir bersama pelakon versatile, Zul Huzaimy Marzuki.

Setakat ini lapan episod sudah disiarkan di TV3 pada setiap Khamis jam 5.35 petang.

Kepada anda yang ingin menonton siaran ulangannya bolehlah tonton dan subscribe YouTube Channel Moh Kenei Perak.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply