Lagu Gila paduan suara Kaka Azraff, Noki dan Loca B diumum juara lagu AJL35

0

Lagu ciptaan Noki, Loca B serta Ezra Kong nyanyian Kaka Azraff berpadu suara bersama rapper Noki dan Loca B berjudul Gila muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung secara norma baharu tanpa kehadiran penonton malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Naib juara AJL35 milik lagu Semalam nyanyian Ainal Abdul dan ciptaan Aina Abdul sepenuhnya.

Aina Abdul membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Tempat ketiga milik lagu Belenggu Rindu, ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong, nyanyian Wany Hasrita dan Dato’ Jamal Abdillah.

Kemenangan itu menyaksikan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Penyanyi lagu Gundah, Ernie Zakri dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Zizi Kirana memenangi Persembahan Terbaik menerusi lagu Eh!

Zizi Kirana membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, trofi dan baucer Mcdonald selama setahun.

Acara penuh berprestij dihoskan Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq Hot FM yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply