Lagu Asmaradana versi Wann, pukau penonton dan dipuji netizen

0

Lagu ‘Asmaradana’ versi Wann atau nama sebenar Wan Rashidah Meor Abdul Rashid, menerima pujian dan komen membina dari penyanyi asal lagu berkenaan, Puan Sri Tiara Jaquelina.

Di ruangan komen laman Instagram milik Wann, Puan Sri Tiara Jaquelina memberi komen berbunyi ,“So proud of you Wan Rashidah, well done????????????????????????????”, tulisnya.

Malah para peminat dan pengikutnya dilihat turut membanjiri ruangan komen dengan memberi pujian serta kata-kata semangat kepada penyanyi kelahiran Perak itu.

Walaupun ramai yang beranggapan lagu dari tema filem berbajet besar, Puteri Gunung Ledang bukanlah ‘forte’ yang sesuai untuk penyanyi bersuara unik dan manja, namun Wann berjaya menyampaikan lagu ini dengan gaya dan cara tersendiri bertepatan dengan tema ‘Aneh’.

Wann yang tampil sepersalinan bak seorang puteri, berjaya memukau penonton dan pihak juri yang menempatkan persembahannya berada dikedudukan ketiga tertinggi pada Konsert Gegar Vaganza minggu ketiga.

Cara nyanyian dan penghayatan sepenuh hati serta genre yang agak berbeza dari lagu asal turut mendapat pujian dari juri tetap Dato’ Ramli MS dan juga juri jemputan Dato’ Rizalman yang menyatakan “Wann adalah Wann. Aura anda tetap ada walau apa juga lagu. Saya terhibur!

Pada malam itu, penyanyi asal Puan Seri Tiara Jacquelina turut hadir bersama suami dan memberikan sokongan kepada Wann serta dilihat merakam sepanjang persembahan lagu berkenaan.

Dengan markah tiga teratas terbaik telah melayakkannya ke minggu keempat dan akan bergandingan dengan penyanyi Aris Ariwatan dengan tema ‘Haa Tepuk’.

Bukan sahaja penonton malah netizen turut menantikan persembahan daripada peserta dan tidak sabar menunggu konsep yang akan dibawakan oleh Wann pada minggu hadapan.

Bukan main hebat lagi penangan Wann di Gegar Vaganza 2019 kan…

Leave a Reply