Lagi kluster baharu di Kedah

0

Selepas kluster Tawar, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Muda yang dikesan di Daerah Kuala Muda, Kedah.

Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9114) membabitkan lelaki warga tempatan yang merupakan seorang anggota polis.

Kes yang dilaporkan pada hari ini (kes ke-9147) adalah merupakan rakan kerja kepada kes indeks.

Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 13 Ogos dan kes dikesan positif pada hari ini (14 Ogos).

Kira-kira 124 kontak rapat beliau telah disaring dan daripada jumlah ini didapati ;

iii. 2 kes dikesan positif COVID-19;

iv. 5 negatif; dan

v. 117 masih menunggu keputusan.

Kesemua kes bagi kluster ini melibatkan warga tempatan.

Pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan serta langkah-langkah pencegahan juga pembendungan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasilokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.

Leave a Reply