Lagi kes ‘kluster kayangan’ bergaduh, kali ini lelaki bergelar Datuk serang anak Tan Sri pula

0

Nampaknya pergaduhan melibatkan ‘kluster kayangan’ menjadi trending sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun ini.

Jika sebelum ini, seorang lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri (jiran) bertelingkah mula tural di laman media sosial, laporan hari pula turut melibatkan golongan ‘vip’ bergaduh hingga menyebabkan seorang mangsa tercedera.

Hanya kerana masalah ranting pokok terjuntai, seorang lelaki berpangkat Datuk dilaporkan telah memukul jirannya yang juga anak perempuan kepada seorang Tan Sri.

Mangsa, Veronica Wong, adalah anak perempuan kepada Ahli Jawatankuasa Veteran MCA Pusat , Tan Sri Wong Mook Leong.

Kejadian itu berlaku apabila Veronica yang juga merupakan seorang peguam, memberikan notis kepada jiran Datuknya, meminta untuk memotong dahan pokok epal mawarnya yang telah memasuki di perkarangan rumahnya.

Tanpa diduga, jiran terbabit menceroboh rumahnya lalu memukul, merampas dan menghancurkan cermin mata dan telefonnya ke tanah.

Veronica mengatakan bahawa dahan pokok di rumah jirannya terlalu panjang sehingga memasuki kawasan rumahnya.

Keadaan itu menyebabkan banyak semut, tikus, kelawar dan juga tupai berada di dahan pokok yang memasuki perkarangan rumahnya.

“Ketika buah-buahan yang telah masak jatuh, keadaan ini mengundang haiwan dan burung untuk bersarang dan mengotori rumah saya dengan najis mereka.

“Saya memberitahu jiran saya mengenai masalah ini tetapi dia tidak mengambil apa-apa tindakan,” katanya.

Menurut Veronica yang berusia 50 tahun, dia meninggalkan nota pada kereta jirannya pada 26 Disember tahun lalu (sehari sebelum serangan berlaku) agar memotong dahan pokok.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati jirannya yang kemudian membuang kerikil dan mengetuk pintunya dengan kuat.

“Ketika saya membuka pintu, dia datang memberitahu saya bahawa dia ingin memberi saya pengajaran,” katanya.

Kejadian itu berlaku di kawasan perumahan mewah yang mengamalkan konsep komuniti tanpa pintu.

Berdasarkan laporan polis, jiran itu menampar Veronica, menarik bajunya, merampas dan menghancurkan telefon serta cermin mata.

Serangan itu juga menyebabkan kecederaan pada muka, leher, kepala, dada, bahu, punggung dan ibu jari mangsa.

Pusat Perubatan Universiti Melaya (PPUM) juga telah mengeluarkan laporan perubatan mengenai kecederaan mangsa pada 22 Januari lalu.

Polis Brickfields mengesahkan laporan mangsa dan akan mengambil keterangan dari semua pihak yang terlibat.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply