Lagi jenama pakaian antarabangsa diramal ‘gulung tikar’

0

Dilaporkan beberapa jenama fesyen mewah antarabangsa diramal berhadapan risiko ‘gulung tikar’ yang akan memberi kesan terhadap kira-kira 15,000 individu hilang pekerjaan jika pandemik COVID-19 ini masih belum menemui penawarnya.

Daily Star melaporkan, jenama popular seperti Topshop, Dorothy Perkins dan Burton berhadapan masalah besar apabila penjualan barangan menurun akibat penyakit berwabak ini.

Ketiga-tiga jenama terbabit di bawah The Arcadia Group menjelaskan yang risiko itu terpaksa dihadapi jika situasi begini masih berterusan.

Sementara itu, The Booho Group dilaporkan akan mengambil alih Topshop bersama Topman.

Awal tahun ini, mereka telah menamatkan khidmat 500 pekerja pentadbiran sebagai langkah pengawalan kos dan mengelakkan daripada bangkrap.

Nyata wabak pandemik ini memberi kesan amat besar terhadap semua peringkat dan golongan khususnya dalam sektor ekonomi di seluruh dunia.

Diharap virus yang meragut lebih sejuta nyawa di seluruh dunia ini dapat dilenyapkan secepat mungkin.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply