Lagi akar umbi desak Ahmad Zahid Hamidi lepas jawatan Presiden UMNO

0

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Dato’ Ahmad Tajuddin Sulaiman menyarankan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO Malaysia.

Dalam petikan surat rasmi yg mula tular di platform media sosial, beliau menyenaraikan enam tuntutan wajar yang perlu dipertimbangkan oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu melepaskan jawatan berkenaan.

Ahmad Tajuddin berkata kemelut pimpinan tertinggi UMNO, khususnya Ahli Majlis Kerja Tertinggi serta Ahli-ahli Parlimen sejak PRU 14 dan perhimpunan Agung 2018 berlarutan tanpa kelihatan dapat diselesaikan.

“Tindak tanduk Ahli-ahli MKT serta Ahli Parlimen yang tidak terarah, mendedahkan UMNO kepada kehiangan keyakinan orang melayuyang sangat diperlukan bagi menghadapi PRU 15.

“Arah tuju yang tidak jelas beserta lemah ketegasan tindakan membawa kesan meluntur daya juang dan kesungguhan 3.6 juta Ahli UMNO.

“Kesan langsung pendakwaan salah laku terhadap pimpinan UMNO membawa beban berat kebangkitan semula UMNO,” memetik kenyataan terbabit.

Beliau juga mendakwa ahli-ahli UMNO tidak dapat melihat jelas kewajaran mendokong pemimpin yang dipecat oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi sendiri, penolakan kerja sama dengan BERSATU oleh Bahagian-bahagian jelas memperlihatkan ketegasan penolakan Ahli UMNO terhadap pimpinan Kerajaan BERSATU.

“Demi Bangsa Melayu, UMNO, kesetiaan, kegigihan 3.6 juta ahli parti YB. Dato’ Sri Zahid Hamidi wajar melepaskan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO Malaysia,” tambahnya.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Pontian, Helmi Buang, Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussin dan beberapa kepimpinan akar umbi yang lain mahu Ahmad Zahid berehat secara terhormat.

Untuk rekod, Ahmad Zahid pernah bercuti sementara selama setahun dan menyerahkan tugas kepada Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamad Hasan.

Tindakan terbabit dilakukan susulan beberapa Ahli Parlimen UMNO keluar parti serta mengkritik parti keramat orang-orang Melayu ini lemah dan tiada hala tuju di bawah kepimpinan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply