Lady Gaga lancar kosmetik terbaharu , Le Monster Matte Lip Crayon

0

Lady Gaga amat sinonim digelar ratu fesyen unik kerana sering tampil dengan gaya dan penampilannya lain daripada yang lain.

Bintang Hollywood ini bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi, pelakon, penulis lirik malah dia juga mula berjinak-jinak dalam industri perniagaan.

September 2019, Lady Gaga mula melancarkan produk kecantikan jenama Haus Laboratories yang memiliki 40 jenis produk termasuk eyeliners, lip glosses, face mask sticker dan eyeshadow palette.

View this post on Instagram

🤘

A post shared by Lady Gaga (@ladygaga) on

Pertama kali dilancarkan secara eksklusif di laman web membeli belah dalam talian ia telah mencapai senarai jualan lipstik nombor satu paling laris di Amazon.

Terbaru di laman Instagramnya, Lady Gaga mengumumkan bakal mengeluarkan produk terbaru dari jenama kecantikannya iaitu Le Monster Matte Lip Crayon.

Le Monster Matte Lip Crayon didatangi dengan 12 warna yang menarik seperti:

1) PUSHER – Burgundy Wine
2) DESTROYER – Plum Berry
3) REBEL – Pink Punch
4) HOT ROD – Neon Pink
5) GREASER – Soft Fuchsia
6) MASTERED – Cherry Red
7) 1950 – Pure Red
8) MIAMI TANGO – Red Orange
9) FIRE ME – Dirty Orange
10) POWER MOVE – Soft Rose
11) TALK DIRTY – Nude Mauve
12) DUST – Nude Pink

Menggunakan formula bertekstur pigmen, tahan lama dan berkrim, kesemua warna Lip Matte ini dinamakan sendiri oleh penyanyi Amerika berkenaan.

Le Monster Matte Lip Crayon secara rasminya akan dilancarkan pada 18 Februari jam 9.00 malam di Instagram Haus Laboratories dan laman sesawang Amazon US.

Seterusnya 17 Mac di laman web Amazon Canada, Mexico dan China.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply